

Kempen ini memberi anda peluang untuk memenangi 1g jongkong emas 999.9 setiap hari dan 10g jongkong emas 999.9 dalam tempoh 10.10 Gold Rush apabila membuat keluaran pinjaman baharu daripada had kredit FlexiCredit. Pemenang akan dipilih secara rawak daripada kumpulan peluang penyertaan.
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu GXBank yang mempunyai had kredit/akaun FlexiCredit yang telah diluluskan dan diaktifkan melalui aplikasi GX atau platform Touch 'n Go eWallet. Pekerja tetap GXBank TIDAK layak untuk menyertai kempen ini.
β
*FlexiCredit tertakluk kepada syarat kelayakan.
Ganjaran kempen ini merangkumi:
β
Anda boleh mengumpul peluang untuk memenangi ganjaran apabila anda membuat keluaran pinjaman daripada had kredit FlexiCredit dalam tempoh kempen (1 Oktober - 31 Oktober 2026).
Untuk dapatkan peluang:
Pinjaman baharu semasa tempoh kempen (1 Oktober 2026 - 31 Oktober 2026)
Pinjaman baharu semasa tempoh 10.10 Gold Rush (5 Oktober 2026 - 15 Oktober 2026)
*Peluang anda dari pinjaman antara 5 hingga 15 Okt akan dikira dalam kumpulan peluang harian dan juga 10.10 Gold Rush.
β
Jumlah peluang akan dikumpul berdasarkan jumlah amaun Ringgit bagi pinjaman (bagi pengeluaran baharu yang dibuat dalam tempoh kempen), BUKAN bilangan transaksi pinjaman. Jadi, lebih tinggi nilai pengeluaran pinjaman anda, lebih tinggi peluang anda untuk menang! Tiada had untuk jumlah peluang yang boleh dikumpul oleh pelanggan.
β
Seorang (1) pemenang akan dipilih secara rawak daripada kumpulan peluang pada setiap penghujung hari, namun pengumuman pemenang akan dibuat secara mingguan. Terdapat tiga puluh satu (31) pemenang harian & satu (1) pemenang Gold Rush secara keseluruhan sepanjang tempoh kempen.
β
Jika anda terpilih sebagai pemenang (Untuk pelanggan GXBank):
β’ Notifikasi: Anda akan menerima notifikasi rasmi daripada GXBank untuk tujuan pengesahan. Untuk menerima ganjaran, anda wajib menjawab satu soalan mudah berkaitan GXBank dengan betul. Sila pastikan notifikasi anda telah diaktifkan.
β’ Peringatan Keselamatan: GXBank TIDAK AKAN meminta anda mendedahkan kata laluan, PIN, atau OTP anda melalui panggilan telefon atau mana-mana saluran komunikasi yang lain.
β’ Penghantaran Ganjaran (Ganjaran harian): Selepas pengesahan berjaya, 1g jongkong emas 999.9 anda akan dihantar selewat-lewatnya pada 30 November 2026.
β’ Penebusan Ganjaran (Ganjaran 10.10 Gold Rush): Selepas pengesahan berjaya, anda dikehendaki mengambil sendiri 10g jongkong emas 999.9 anda di mana-mana cawangan Habib di seluruh negara.
β
Jika anda terpilih sebagai pemenang (Untuk pelanggan TNG eWallet):
β’ Panggilan Telefon: Anda akan dihubungi oleh GXBank melalui panggilan telefon (+603 7498 3188). Untuk menerima ganjaran, anda wajib menjawab satu soalan mudah berkaitan GXBank dengan betul & berikan alamat e-mel utama anda.
β’ E-mel: Setelah berjaya menjawab dengan betul, anda akan menerima e-mel rasmi daripada GXBank (marketing.campaign@gxbank.my) untuk tujuan pengesahan. Sila pastikan notifikasi e-mel anda telah diaktifkan.
β’ Peringatan Keselamatan: GXBank TIDAK AKAN meminta anda mendedahkan kata laluan, PIN, atau OTP anda melalui panggilan telefon atau mana-mana saluran komunikasi yang lain.
β’ Penghantaran Ganjaran (Ganjaran harian): Selepas pengesahan berjaya, 1g jongkong emas 999.9 anda akan dihantar selewat-lewatnya pada 30 November 2026.
β’ Penebusan Ganjaran (Ganjaran 10.10 Gold Rush): Selepas pengesahan berjaya, anda dikehendaki mengambil sendiri 10g jongkong emas 999.9 anda di mana-mana cawangan Habib di seluruh negara.
β
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini: