Terus dari app, tiada borang atau laman lain.
Butiran kereta anda diisi automatik untuk anda dapatkan harga dengan pantas.
Tambah semasa pembayaran, tak perlu buka aplikasi lain.
Perlindungan tambahan untuk kerosakan berkaitan pengecasan dan stesen EV.
Tundaan komplimentari hingga 150KM, pembaikan cermin depan (RM200) dan bantuan tepi jalan. Tiada tambahan diperlukan.
Lindungi kereta anda daripada banjir, tanah runtuh dan bencana lain dengan perlindungan tambahan sehingga 60% diskaun.
Anda bayar dalam aplikasi, mereka urus polisi mereka di laman web Zurich. Semuanya terkawal.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
RM30 pulangan tunai + RM38 diskaun untuk tambahan Tundaan Tanpa Had
*Terhad kepada 1,000 polisi dan cukai jalan pertama. Tertakluk pada terma dan syarat.
Kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda
Kemalangan, kecurian, kebakaran, banjir dan lain-lain
Sehingga RM25,000 setiap pemandu/penumpang
Disediakan sebagai tambahan
Boleh ditambah semasa pembayaran
*GXBank dan Zurich adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebanyak mana yang anda perlukan. Untuk diri sendiri atau orang lain.
Ya. Anda boleh perbaharui untuk rakan atau ahli keluarga. Mereka akan menerima akses kepada polisi melalui laman web Zurich.
Sebaik sahaja pembayaran selesai, polisi anda akan dikeluarkan oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad dan dikongsi dengan anda atau pemilik kenderaan melalui emel atau portal Zurich tidak lama selepas itu.
Polisi anda termasuk:
• Liabiliti pihak ketiga bagi kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda.
• Kerosakan sendiri termasuk kemalangan, kecurian, kebakaran dan bencana alam. (banjir, tanah runtuh dan lain-lain)
• Tambahan pilihan seperti:
○ Pembaharuan cukai jalan.
○ Perlindungan cermin depan.
○ Perlindungan kemalangan peribadi. (sehingga RM25,000 setiap pemandu/penunggang)
○ Bantuan tepi jalan dan tunda. (sehingga 150KM)
○ Perlindungan bencana dan EV.
Rujuk Lembaran Pendedahan Produk untuk maklumat perlindungan penuh.
Polisi ini tidak melindungi:
• Kerosakan akibat aktiviti haram atau memandu tanpa lesen.
• Kehausan biasa atau kerosakan mekanikal.
• Kehilangan atau kerosakan akibat peperangan, risiko nuklear atau tindakan sengaja.
• Caj lebihan bagi pemandu yang tidak dinamakan. (kecuali dinyatakan atau dikecualikan)
• Kerosakan akibat sukan permotoran atau perlumbaan.
• Kenderaan yang tidak pernah dilindungi sebelum ini dibawah polisi yang sah. (pembelian polisi baru tidak disokong melalui GXBank)
Untuk senarai pengecualian penuh, sila rujuk Dokumen Polisi.
Manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada had perlindungan. Sila rujuk risalah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (“TIPS”) oleh PIDM atau hubungi Zurich General Insurance Malaysia atau PIDM.
• Perkhidmatan ini hanya untuk pembaharuan polisi, bukan untuk pembelian insurans kereta baru.
• Anda perlu mempunyai akaun GXBank yang aktif untuk meneruskan.
• Polisi ini ditaja jamin oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad.
• Pastikan maklumat kenderaan anda adalah terkini sebelum memulakan proses.
• Anda hanya boleh memperbaharui insurans jika tempohnya akan tamat dalam masa 60 hari atau kurang.
Untuk maklumat lengkap, sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk atau Dokumen Polisi.
Klik di sini untuk Terma & Syarat penuh Kempen Pelancaran Insurans Kereta.
Zurich General Insurance Malaysia Berhad menyediakan perlindungan dipercayai untuk individu, keluarga dan perniagaan.
Sebagai sebahagian daripada Zurich Insurance Group, ia membawa kepakaran global dan fahaman tempatan dalam perlindungan motor, perjalanan, rumah dan komersial, membantu rakyat Malaysia melindungi yang penting.