Nikmati Ganjaran Tunai sehingga RM600 dengan
GX Biz FlexiLoan!
Kembangkan potensi perniagaan anda hari ini. Buat pengeluaran dari Biz FlexiLoan anda
semasa tempoh kempen kami dan dapatkan ganjaran.
Kempen sah dari 1 November - 31 Disember 2026.
Tertakluk pada terma, syarat, dan kriteria kelayakan.
Kategori Ganjaran

Profil Tidak Pernah Membuat Pengeluaran

Untuk pengguna yang tidak pernah melakukan
pengeluaran GX Biz FlexiLoan.

Profil Pernah Membuat Pengeluaran

Untuk pengguna yang mempunyai sejarah pernah/sedia
ada membuat pengeluaran GX Biz FlexiLoan.

Tertakluk pada terma dan syarat.
Bagaimana untuk Layak Ganjaran Tunai?

Mudah saja! Berikut adalah cara anda boleh mendapatkan ganjaran tunai:
1
Kelayakan:
Anda mesti merupakan pelanggan aktif Biz FlexiLoan sedia ada.
2
Pengeluaran:
Buat pengeluaran tunggal minimum sebanyak RM3,000 antara 1 November 2026 dan 31 Disember 2026. (Nota: Jika had kelulusan yang ada pada anda kurang daripada RM3,000, anda perlu membuat pengeluaran penuh 100%).
3
Bayaran Balik:
Lengkapkan dua (2) bayaran balik bulanan berturut-turut tepat pada masanya. Pastikan akaun GX Biz dan GX Biz FlexiLoan anda berkeadaan baik.
4
Penerimaan Ganjaran:
Pulangan tunai akan dikreditkan terus ke Akaun GX Biz anda setelah anda memenuhi kriteria kelayakan! Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah untuk maklumat lebih terperinci mengenai jadual pengkreditan.
Tawaran masa terhad. Ganjaran diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Terma dan syarat terpakai. GXBank adalah ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak untuk menyertai Kempen ini?

Untuk layak menyertai kempen ini, perniagaan anda mestilah:
1. Pelanggan GX Biz FlexiLoan sedia ada yang aktif serta mempunyai had kredit yang aktif sepanjang Tempoh Kempen.
2. Mengekalkan GX Biz Akaun dan/atau GX Biz FlexiLoan yang aktif dan dalam status yang baik.
3. Tidak mengalami kegagalan atau kelewatan pembayaran bagi mana-mana kemudahan dengan GXBank sepanjang Tempoh Kempen sehingga tarikh ganjaran dikreditkan.

Bagaimanakah kategori ganjaran ini berfungsi?

Terdapat dua (2) kategori ganjaran bergantung kepada sejarah pengeluaran pinjaman anda sebelum 1 November 2026:
• Kategori Ganjaran 1 (Ganjaran Tunai RM600): Untuk pelanggan aktif FlexiLoan yang belum pernah membuat sebarang pengeluaran dana sebelum Tempoh Kempen.
• Kategori Ganjaran 2 (Ganjaran Tunai RM388): Untuk pelanggan aktif FlexiLoan yang pernah membuat sekurang-kurangnya satu pengeluaran dana sebelum Tempoh Kempen.

Jika saya membuat pengeluaran dana pertama dan kemudian membuat pengeluaran susulan dalam tempoh kempen, adakah saya layak untuk kedua-dua ganjaran kempen?

Tidak. Anda hanya layak untuk Kategori Ganjaran 1 (Ganjaran Tunai RM600) sahaja kerana anda tidak mempunyai sebarang sejarah pengeluaran sebelum Tempoh Kempen.
Di bawah terma dan syarat kempen, setiap perniagaan hanya berhak menerima maksimum satu (1) Ganjaran Kempen sahaja sepanjang Tempoh Kempen.

Bolehkah saya mendapat lebih daripada satu ganjaran tunai jika saya membuat beberapa pengeluaran dalam tempoh kempen?

Tidak. Setiap perniagaan yang layak hanya berhak menerima maksimum satu (1) Ganjaran Kempen (sama ada RM600 atau RM388) sahaja sepanjang Tempoh Kempen, tanpa mengira jumlah atau bilangan pengeluaran yang dibuat.

Bilakah dan bagaimanakah saya akan menerima ganjaran pulangan tunai saya?

Ganjaran tunai akan dikreditkan terus ke dalam GX Biz Akaun anda yang aktif dalam tempoh 7 hari bekerja (dan sehingga 2 minggu bagi kes luar biasa) selepas anda memenuhi semua kriteria kelayakan, termasuk melengkapkan dua (2) pembayaran balik bulanan berturut-turut tepat pada masanya.

Di manakah boleh saya mendapatkan Terma dan Syarat penuh atau Soalan Lazim (FAQ)?

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini:

• Terma dan Syarat (EN)

• Terma dan Syarat (BM)

• Soalan Lazim / FAQ (EN)

• Soalan Lazim / FAQ (BM)

Buka Akaun GX Hari Ini

Siap buka akaun kurang dari 4 minit. Bank yang ikut gaya hidup anda, semua dalam satu aplikasi.